skip to main |
skip to sidebar
Korang ader baca kat KOSMO tak citer nih......takut siot! kalau orang yang kaya pun bleh pape tem ekonomi gawat nih....apa lagi orang 2 bawahan cam aku nih!!!! So, renung2 kan!!!!
Bos besar kini penghantar piza
DUA tahun lalu, Ken Karpman dan keluarganya menjalani kehidupan mewah. Mereka mempunyai keahlian kelab golf, sering bercuti ke destinasi hebat dan tinggal di rumah seluas 4,000 kaki persegi.
Pendapatan Karpman mencecah AS$750,000 setahun, iaitu jauh meninggalkan kadar purata pendapatan tahunan rakyat Amerika Syarikat.
Namun kini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hedge Fund ini boleh ditemui menghantar piza di Florida dengan upah AS$7.29 sejam. Semuanya kerana tidak mempunyai simpanan cukup untuk menghadapi krisis ekonomi dunia.
"Kami tidak ambil tahu tentang harga barangan di kedai. Kami sekadar mencampakkan ia ke dalam troli dan terus membayarnya. Hidup begitu menyeronokkan. Mengapa ia harus berakhir?" kata Karpman dalam satu wawancara khas di televisyen.
Pemilik sarjana ini seorang pedagang jualan ekuiti. Dia terlalu percaya pada urus niaga dengan syarikat besar, tanpa menduga impak kemelesetan ekonomi global.
Karpman dan isterinya, Stephanie, memberitahu bahawa rumah mereka di Tampa, Florida sudah tergadai sementara hutang kad kredit sudah terkumpul sebanyak AS$100,000. Anak-anak mereka masih meneruskan pembelajaran di sebuah institusi persendirian namun dikatakan ada pihak lain yang menanggung kosnya.
"Memang ini menyedihkan. Namun, saya harap kisah kami dijadikan iktibar. Kami merupakan antara ratusan ribu warga Amerika yang kehilangan kerja atau sedang bersusah-payah membayar semula pinjaman," kata Karpman.
18 comments:
nok! pinjam duwet nok. hehehe
nan ado duit aku nok!!!! tapi takut kan, kalau jadi camtu!
takut ek bile segala nikmat tuhan tarik balik....smga kita menjadi manusia yg bersyukur.....
syukur lah dgn aper yg ada skang.. tapi kalau lebih lagilah bersyukur..
so scaryyyyyy....!!
aiyoooo...ngeri gak ni...
sapa sangka yer hal camni bleh jadi kat org kaya cam dia tuh. sib baik aku ada tabung arnab.
elok jugak jadik tak kaya macam dia, at least nak beli barang masih sempat lagi tengok harga.
aiyoo,
itu nasib haa kita tara tau punya
sbb kerak dia besar...tu yg teruk..kalau kita hidup yg biasa2 ni..dulu mcm tu..skrg ni pun mcm tu..tak payah risau sgt..nng kena serangan jantung tergolek..:p
bila berada dipuncak kena laa renung rumput dibumi..tak gitu beb :D
kat malaysia pun dah hampir puluhan ribu org kena berenti keje..risau gak masa depan anak2 kita :(
orang kerja gomen, insyaAllah takde ape2 kan?
takutnya.
erk.
memang horror kan.
tapi nasiblah kita hidup kat mesia ni sebagai sederhana je.
uihhhhhhhh..itu mcm ka??
berdebar uols..
baca n3 tue aku terbayang bos ko sajer2 tetiba nak jadi penghantar pizza
salam ziarah..
berdoa aje lah moga rezeki kita di limpahkan oleh nya...rezeki yg halal ye!
sediakan pajung sebelum ujan.. :D
erk takuttttttttttt ...
sebab tu la kena belanja dengan berhemat
org dah kaya mmg macam tu
tak kan tau harga barang bape
janji beli bayo sudeyy
semoga kita semua tetap mendapat rezeki yang halal dan dapat meneruskan kehidupan ini
:)
Post a Comment