Friday, 2 October 2009

Setelah lama terperam.....

Selamat hari raya korang semua....!!!!



setelah lama blog nih bersawang dan entry ni aku peram cam nak buat tapai......ujung2 aku publish gak....


huhuhu...lama giler aku tak hupdet kan..kowang windu tak kat aku..atau dah tak kenal kat ai dah kan...hahaha....


tak perlah...aku ingat ..pasnih aku kena aktip gak lah kan berblog nih....

utk masa nih ...aku tak derlah citer aper pun....cuma feeling raya yg agak hauk sket....kecuali bercuti panjang dikampung yang amat menbahagiakan....seronok dikelilingi keluarga....emak ,abah, adik2,opah, sepupu sepapat ....dah seluruh saudara mara....makan, basuh pinggan mangkuk,kemas umah ,basuh kain...online...begituhlah rutin idup aku kat sana....sungguh best....rasa tak nak balik sini lak...


so tatap lah beberapa keping gambar aku ok.....manalah tau...kot2 kowang dah tak kenal upe aku lak kan....:p















ps ; tgh layan i'm not single....pas abes layan nurkasih gak...he..he..he...:p

Friday, 10 July 2009

happy bezday utk diri sendiri....umur setakat angka jer kan?



selamat petang kawan -kawan blogger ku sekalian....:-))

adeh! aku sebnarnyer jadi serba salah  dengan situasi skrang....:-((

sebab pertama....aku memang dah tak hupdet2 blog keramat aku ni...bukan aper ...idea tak der sebnarnyer!
sebab kedua ....melawat blog kawan2...tapi setakat SR jer..huhuhu...:-((

tapi kowang aku sebnarnyer...sayang kowang semua...sayang ketat -ketat ok....:-))

pada kawan -kawan yang wish bezday kat aku ...aku ucapkan  terima kasih...dan sayang kowang ketat-ketat.....:-))

bahagia rasanyer hati aku ni......sebab melalui  komunikasi maya ni...aku dapat ramai kawan2 yg baik ati...tak kiralah kawan yg aku dapat dari blog...porem dan facebook....semoga ukhwah kita berpanjangan selama-lama nyer......

thanks jugak pada member kt opis yg banjer makan dan kek tadi.......sayang kowang seme ketat-ketat jugak......hanya allah yg membalas budi baik kowang....

pada keluarga....emak,abah ,suami, adik-adik dan keluarga belah suami ......thanks atas ucapan dan kasih sayang  yg kalian semua berikan pada ayong....love uols  forever and ever......

aku paling suker ucapan amy roslan utk aku:
Don't think of it as getting older, think of it as becoming a classic!  memang betul kan....umur setakat angka ajer.....so...tak perlu risau biler umur meningkat :-))

wassalam!

Friday, 12 June 2009

Anak Buah Baru

salam korang.....

Aku tau ader yg tertanyer2 berkenaan adik aku .....si ibu kumbang dah bersalin ker belum kan....

so arini aku nak bagi tau pada yang belum tau....

ibu kumbang dah bersalin pada  6 june 2009, pukul 6.59 petang

berat baby 2.21 kg jer.....baby girl yg bernama ANIS FARIHAH yg bermaksud yang menyenangkan hati dan menggembirakan..........

kedua-dua ibu dan anak berada dikampung kat sg besar dalam keadaan  sihat wal'afiat!


                                            

Thursday, 11 June 2009

Sharing Is Caring!!!





Suami boroi tanda bahagia?


SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu

suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa

suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga.

Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal

perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram

dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72

kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4

bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar

artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat

bahagia hidup berumah tangga dengan saya?



ISTERI BAHAGIA,



Hulu Langat.





JAWAPAN



Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat

badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti

berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang

waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa

dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak

menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka

sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah

tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah

kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan

bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila

mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki

berkahwin dengan tujuan untuk 'makan di rumah?.

Lelaki akan merasa selesasetelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudahbagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih

tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah

menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.

Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan

masakan.



Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,

periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak

bergitu.



Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat

suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!



Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang

dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat

mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.

Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain 'b

oroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang

bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di

mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma

bahagian perut sahaja membuncit.



Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda

mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab

dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke

atas tempoh perkahwinan.



Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir

89% kes penceraian berlaku kepada suami yang 'slim? dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19%

kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang...namun itulah hakikatnya.

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut

kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih

mementingkan hidup berumah tangga.



Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula 'jemu? atau

mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila

wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada

suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik

beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang

sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.



Namun sebaliknya pula bagi

isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah



berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,

isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin 'b

ulat? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang

mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus

mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya

tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan

penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan

lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.



Nampak sekali dunia

ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai

susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin

lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,

buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat

dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.



Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas

berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air 'zat? isteri yang mengalir

masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan

perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka

buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.



Faktor ini

juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan

besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan

dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin,

perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut

malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang

telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah

lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.


Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan

mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik... Kulit

isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma

suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi

couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar

boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala

kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita

yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami

cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.


Dalam Islam juga

tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh

isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin

yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak

berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus

melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.. Ada juga

pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri

yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh

isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita

lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda,

mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.



Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut

buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang

telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun

mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai

isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan

anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan

pemakanan sihat sekeluarga.

Sunday, 26 April 2009

Piala FA VS Konsert AF


Aku tak taulah......dalam minggu nih cuaca panas ya amat, mood aku jadi cam tak best jer.....pastu internet kat umah cam laharnat plak , start ari jumaat....pagi ahad nih baru bleh online  balik nih.


Huhuhu!!!! tension giler......


Malam minggu aritu......aku bebetul dalam dilema , nak tengok bola ker nak tengok konsert AF.Kang kalau tak tengok bola,cam tak best plak...yelahkan ...final piala FA.Tapi, konsert AF pun tak bleh miss gak...aku dah cam kecanduan dah dengan AF musim nieh!!!


Sudah nyer dedua aku tgk.....kejap bukak cenel Ria, kejap bukak cenel RTM 1, dah cam orang berbini dua dah kekdahnyer.




Konsert mingguan Af kali nih adalah best......tapi keputusannyer buat aku sentap sesangat!!!! Bleh plak pelajar pojaan aku terkeluar......aku rasa nieh lah sentappppppppp paling hardcore  aku rasa.......sepanjang musim AF1  sampai AF7
Pas nih .....malas aku nak layan AF dah.....sebab Aril Dah terkeluar....huhuhu!!!!!

Pastuh...aku tukar cenel tgk bola.......tem tu plak kelantan dah score 1...bertambahlah sentap aku....rasa nak macam nak letup jer tv tu!!! tapi kan ...........langit tak kan sentiasa hujankan...nak2 plak skrang musim panas.....Hahaha!!! akhirnyer Selangor menang ...walaupun  menang sebab penalti jer.....tak kisahlah , yang penting menang!!!!! tersenyum gumbira lah aku sekejap........tapikan....... sebenarnyer awal2 perlawanan , aku dah nyaris2 nak tukar bendera..................sebab Khalid Jamlus main untuk Kelantan......Taste okey...Muahahaha!!!

pada kengkawan semua......aku biler pepanas nih.......pepaham jerlah malas nak komen, tapi sentiasa melawat korang okey!!!

Notakaki: Gambar Aril kredit to klubbkidd.com

Sunday, 5 April 2009

Sebuklah Sangat!

Selamat Petang kawan-kawan semua!

Lama gak lah aku tak hupdet blog aku nih kan,Aku sebuk sebenarnyer.Sebuklah sangat kan! hahaha!!!
Sebuk tu sebenarnyer alasan jer bagi orang yang malas hupdet blog cam aku nih........

Ok......arinih aku  nak bagitau korang segala aktiviti  aku selama aku menghilang nih....

Pertama-tama  aku nih sebenarnyer sebuk layan diari af dan konsert af......... boleh katakan tiap2 tahun aku pasang niat tak nak layan diari dan konsert af nih......tapi tulah pasal .......aku nih cam ketagih jer nak layan diari dan konsert af nih.Aku sebenarnyer tak kisah pun suara sapa sedap, diorang nih berkualiti ke tidak......ada aku kesah?kalau nak cari yang bagus2 kena layan oim lah kan! yang aku layan cuma drama  2 diorang kat diari tu dan  reaksi muka diorang bila kena kritik kaw2 dgn Adlin tem konsert.Ahkak suker taw!!!



Yang kedua plak skrang nih......aku  ketagih layan drama2 korea dan movie indon(yang tak tayangkan kat Malaysia jerlah!) , walau pun citer tu aku penah tengok berkali -kali kat tv.Nak 2 skrang nih musim hujan .....cam feeling semacam jer biler layan citer 2 cam nih.Macam aku plak heroin citer tuh.......lagi2 plak kalau yang jadi heronyer Won Bin........merembes Wokey!!!! sampai ulang2 banyak kali pun tak per!!!




So.....kalau korang perasan , cam aku nih terlebih senyap jer....tu tandanyer aku tengah  feelin 2 jadi heroin citer korea lah tu..........Muahahaha!!!!!

Tuesday, 24 March 2009

Bos besar kini penghantar piza


Korang ader baca kat KOSMO  tak  citer nih......takut siot! kalau orang yang kaya pun bleh pape tem ekonomi gawat nih....apa lagi  orang 2 bawahan cam aku nih!!!! So, renung2 kan!!!!



Bos besar kini penghantar piza





DUA tahun lalu, Ken Karpman dan keluarganya menjalani kehidupan mewah. Mereka mempunyai keahlian kelab golf, sering bercuti ke destinasi hebat dan tinggal di rumah seluas 4,000 kaki persegi.


Pendapatan Karpman mencecah AS$750,000 setahun, iaitu jauh meninggalkan kadar purata pendapatan tahunan rakyat Amerika Syarikat.


Namun kini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hedge Fund ini boleh ditemui menghantar piza di Florida dengan upah AS$7.29 sejam. Semuanya kerana tidak mempunyai simpanan cukup untuk menghadapi krisis ekonomi dunia.


"Kami tidak ambil tahu tentang harga barangan di kedai. Kami sekadar mencampakkan ia ke dalam troli dan terus membayarnya. Hidup begitu menyeronokkan. Mengapa ia harus berakhir?" kata Karpman dalam satu wawancara khas di televisyen.

Pemilik sarjana ini seorang pedagang jualan ekuiti. Dia terlalu percaya pada urus niaga dengan syarikat besar, tanpa menduga impak kemelesetan ekonomi global.
Karpman dan isterinya, Stephanie, memberitahu bahawa rumah mereka di Tampa, Florida sudah tergadai sementara hutang kad kredit sudah terkumpul sebanyak AS$100,000. Anak-anak mereka masih meneruskan pembelajaran di sebuah institusi persendirian namun dikatakan ada pihak lain yang menanggung kosnya.

"Memang ini menyedihkan. Namun, saya harap kisah kami dijadikan iktibar. Kami merupakan antara ratusan ribu warga Amerika yang kehilangan kerja atau sedang bersusah-payah membayar semula pinjaman," kata Karpman.